Majlis Perasmian Penutup bagi Program YEF Msia Intervention Program 2022 bersama Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah dijalankan di Perpustakaan Al-Bukhari pada 3 Julai 2022 (Ahad), jam 10.30 pagi.Majlis ini dirasmikan oleh YB Prof Madya Dr. Hajah Nazirah Ramli (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik) serta dihadiri oleh dif-dif kehormat antaranya Puan Rosnita Ja’afar (Timbalan Ketua Pustakawan Selaku), Encik Shukri Suhaimi (Pengarah Program, YEF Malaysia Intervention Program 2022 serta Puan Annie Hariati Othman dan Encik Zainal Fitri A Hamid selaku Lembaga Pemegang Amanah YEF. Para tetamu turut disajikan dengan video montaj kesemua aktiviti yang telah dijalankan selama empat (4) hari tiga (3) malam ini berserta video montaj khas slot “Let’s Explore Our Campus” yang telah dihasilkan oleh para peserta sendiri. Majlis perasmian penutup berakhir pada jam 12.00 tengah hari dan para peserta berlepas pulang pada jam 1.30 petang. Semoga program kerjasama yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 17: Partnership for the Goals serta SDG 4: Quality Education dapat diteruskan lagi dimasa akan datang supaya lebih ramai lagi mereka diluar sana yang peroleh manfaat dari perkongsian yang dijalankan ini.
Slot terakhir yang dijalankan bagi Program YEF Msia Intervention Program 2022 bersama Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka adalah kelas Al-Quran. Slot ini telah dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Aakif bin Mohd Nor dari Unit Hal Ehwal Islam (UHEi) yang berlangsung pada 3 Julai 2022 (Ahad), jam 8.30 pagi bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari. Para peserta diberikan pendedahan hukum tawjid bacaan Surah Al-Fatihah yang merupakan ummul kitab, dimana peserta dapat membaiki bacaan Surah Al-Fatihah dengan lebih tepat. Semoga apa yang dipelajari dapat diterapkan serta dimanfaatkan ke dalam kehidupan seharian para peserta seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education
Slot Selangkah ke UiTM ini disampaikan oleh Encik Mohd Zahid Laton (Koordinator Pra Pendidikan Tinggi UiTM Jengka) pada 2 Julai 2022 (Sabtu), jam 9.00 malam bertempat di bilik IT Perpustakaan Al-Bukhari. Para peserta didedahkan berkaitan syarat-syarat kelayakan ke program Pra Pendidikan Tinggi, program diploma dan program sarjana muda serta taklimat hala tuju pengajian bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, para peserta juga diberi peluang untuk mengisi borang permohonan sekiranya mereka berminat dan memenuhi syarat kelayakan. Semoga apa yang dikongsikan dapat membantu para peserta untuk membuat pilihan bagi meneruskan pembelajaran mereka kelak ke peringkat yang lebih tinggi seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education.
Slot seterusnya ialah Decision Making & Making Choice. Slot ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Ikhsan Md Raus (Ketua Unit Kualiti UiTM Cawangan Pahang) dan para peserta diberi taklimat berkaitan teknik membuat suatu keputusan dalam mencapai kata sepakat dan persetujuan di dalam organisasi, di samping dapat membuat suatu keputusan yang realistik di dalam kehidupan. Para peserta juga didedahkan berkaitan cara mengenali personaliti ketua dan tanggungjawab staf dalam menghasilkan satu keputusan yang “win-win situation”.
Antara input yang dikongsikan kepada para peserta adalah berkaitan:
1.Belajar cara untuk menjadi “A good Leader”
2.“Think wisely” untuk membuat suatu keputusan
3.“Communication” penting dalam suatu kumpulan
4.“Focus” dalam membuat suatu perkara
5.Teliti terhadap suatu perkara yang ada di sekeliling
6.“Trust yourself”
7.Jadikan pandangan orang lain sebagai pendorong hidup
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta sebagai persediaan mereka sebelum melangkah masuk ke alam Universiti serta Industri seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education.
Let's Explore Our Campus merupakan slot yang melibatkan kerjasama Unit Pengurusan Ladang dengan Perpustakaan Al-Bukhari. Terdapat empat (4) tempat/check point seluruh kampus Jengka yang telah dilawati oleh para peserta dengan menaiki traktor. Antara tempat/check point yang dilawati adalah Taman Herba, Ladang Nanas, Kebun Rambutan dan Tempat Madu Kelulut. Penerangan berkaitan setiap tempat tersebut telah disampaikan oleh pihak pengurusan ladang iaitu Encik Khairulbakri Mat Junos (Pengurus Ladang Kanan) dan para peserta juga dibenarkan untuk merasai kenikmatan buah-buahan yang terdapat di kebun rambutan. Di dalam slot ini, pihak Perpustakaan Al-Bukhari memberi “task” kepada para peserta untuk mengambil gambar dan merakam video sepanjang perjalanan “Let’s Explore Our Campus” dan video perjalanan yang menarik telah ditayangkan sewaktu berlangsungnya Majlis Penutup.
.Antara tempat/check point yang dilawati adalah:
Check point 1: TAMAN HERBA
·Encik Mohd Syafiq Md Said (Penolong Pegawai Pertanian) telah menyampaikan penerangan mengenai tanaman herba yang terdapat di taman tersebut.
·Pelajar diberi “task” untuk mengenali jenis tanaman herba serta fungsinya.
Check point 2: LADANG NANAS
·Encik Shamsudin Ismail (Penolong Pengurus Ladang Kanan) telah menyampaikan penerangan dan pendedahan tentang ladang nanas.
·Para peserta didedahkan tentang jenis nanas, cara penanaman, cara penjagaan, tempoh masa yang diambil untuk berbuah serta keluasan kawasan ladang.
Check point 3: KEBUN RAMBUTAN
·Encik Shamsudin Ismail (Penolong Pengurus Ladang Kanan) telah menyampaikan penerangan dan pendedahan tentang kebun rambutan.
·Para peserta diberikan pendedahan berkaitan jenis-jenis rambutan yang terdapat di kebun tersebut, cara penjagaan, tempoh masa yang diambil untuk berbuah serta cara penanaman buah rambutan.
·Para peserta juga dibenarkan untuk memetik dan merasai buah rambutan tersebut sebanyak mana yang mereka mahu.
Check point 4: MADU KELULUT
·Encik Adam (Pelajar Sarjana Perladangan) telah menyampaikan penerangan dan pendedahan tentang madu kelulut.
·Para peserta didedahkan berkaitan cara penjagaan madu kelulut, proses penghasilan madu kelulut serta tempoh masa yang diambil untuk madu boleh dimakan.
·Para peserta juga dibenarkan untuk merasai sendiri madu kelulut tersebut dari sarangnya.
Sepanjang lawatan, para peserta juga diberi pendedahan berkaitan sejarah penubuhan UiTM Cawangan Pahang serta fungsi-fungsi setiap bangunan yang terdapat di seluruh kampus. Semoga perkongsian yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education kepada para peserta ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta serta dapat membantu dalam pembelajaran mereka kelak.
Corporate Communication Division Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka 26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang Darul Makmur Malaysia