Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Let's Explore Our Campus

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

 

Let's Explore Our Campus merupakan slot yang melibatkan kerjasama Unit Pengurusan Ladang dengan Perpustakaan Al-Bukhari. Terdapat empat (4) tempat/check point seluruh kampus Jengka yang telah dilawati oleh para peserta dengan menaiki traktor. Antara tempat/check point yang dilawati adalah Taman Herba, Ladang Nanas, Kebun Rambutan dan Tempat Madu Kelulut. Penerangan berkaitan setiap tempat tersebut telah disampaikan oleh pihak pengurusan ladang iaitu Encik Khairulbakri Mat Junos (Pengurus Ladang Kanan) dan para peserta juga dibenarkan untuk merasai kenikmatan buah-buahan yang terdapat di kebun rambutan. Di dalam slot ini, pihak Perpustakaan Al-Bukhari memberi “task” kepada para peserta untuk mengambil gambar dan merakam video sepanjang perjalanan “Let’s Explore Our Campus” dan video perjalanan yang menarik telah ditayangkan sewaktu berlangsungnya Majlis Penutup.

.Antara tempat/check point yang dilawati adalah:

 

Check point 1: TAMAN HERBA

·        Encik Mohd Syafiq Md Said (Penolong Pegawai Pertanian) telah menyampaikan penerangan mengenai tanaman herba yang terdapat di taman tersebut.

·        Pelajar diberi “task” untuk mengenali jenis tanaman herba serta fungsinya.

 

Check point 2: LADANG NANAS

·        Encik Shamsudin Ismail (Penolong Pengurus Ladang Kanan) telah menyampaikan penerangan dan pendedahan tentang ladang nanas.

·        Para peserta didedahkan tentang jenis nanas, cara penanaman, cara penjagaan, tempoh masa yang diambil untuk berbuah serta keluasan kawasan ladang.

 

Check point 3: KEBUN RAMBUTAN

·        Encik Shamsudin Ismail (Penolong Pengurus Ladang Kanan) telah menyampaikan penerangan dan pendedahan tentang kebun rambutan.

·        Para peserta diberikan pendedahan berkaitan jenis-jenis rambutan yang terdapat di kebun tersebut, cara penjagaan, tempoh masa yang diambil untuk berbuah serta cara penanaman buah rambutan.

·        Para peserta juga dibenarkan untuk memetik dan merasai buah rambutan tersebut sebanyak mana yang mereka mahu.

 

Check point 4: MADU KELULUT

·        Encik Adam (Pelajar Sarjana Perladangan) telah menyampaikan penerangan dan pendedahan tentang madu kelulut.

·        Para peserta didedahkan berkaitan cara penjagaan madu kelulut, proses penghasilan madu kelulut serta tempoh masa yang diambil untuk madu boleh dimakan.

·        Para peserta juga dibenarkan untuk merasai sendiri madu kelulut tersebut dari sarangnya.

 

Sepanjang lawatan, para peserta juga diberi pendedahan berkaitan sejarah penubuhan UiTM Cawangan Pahang serta fungsi-fungsi setiap bangunan yang terdapat di seluruh kampus. Semoga perkongsian yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education kepada para peserta ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta serta dapat membantu dalam pembelajaran mereka kelak.

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020