Slot seterusnya ialah Decision Making & Making Choice. Slot ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Ikhsan Md Raus (Ketua Unit Kualiti UiTM Cawangan Pahang) dan para peserta diberi taklimat berkaitan teknik membuat suatu keputusan dalam mencapai kata sepakat dan persetujuan di dalam organisasi, di samping dapat membuat suatu keputusan yang realistik di dalam kehidupan. Para peserta juga didedahkan berkaitan cara mengenali personaliti ketua dan tanggungjawab staf dalam menghasilkan satu keputusan yang “win-win situation”.
Antara input yang dikongsikan kepada para peserta adalah berkaitan:
1. Belajar cara untuk menjadi “A good Leader”
2. “Think wisely” untuk membuat suatu keputusan
3. “Communication” penting dalam suatu kumpulan
4. “Focus” dalam membuat suatu perkara
5. Teliti terhadap suatu perkara yang ada di sekeliling
6. “Trust yourself”
7. Jadikan pandangan orang lain sebagai pendorong hidup
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta sebagai persediaan mereka sebelum melangkah masuk ke alam Universiti serta Industri seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education.