Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program YEF Malaysia Intervention Program 2022 bersama Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

 

 

 

 

 

 

Youth Empowerment Foundation Malaysia (YEF Msia) merupakan sebuah Yayasan yang merangka program persediaan bagi 30 orang pelajar lepasan SPM kurang berkemampuan dan keluarga asnaf dari seluruh Malaysia serta mereka terpilih menerima tajaan bantuan daripada YEF Msia. Program ini dijalankan selama 18 hari dan merangkumi pelbagai aspek pembelajaran dan kehidupan yang membantu pelajar ini mendepani kehidupan sebagai bakal mahasiswa di universiti. Program yang bermula di Kuala Lumpur dan melibatkan beberapa negeri termasuk negeri Pahang.

 

Pihak Perpustakaan Al-Bukhari berbesar hati menerima pelawaan daripada pihak YEF Msia yang ingin menjalin kerjasama untuk menjalankan beberapa aktiviti di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka selama 4 hari 3 malam bermula pada 30 Jun 2022 sehingga 3 Julai 2022. Antara program serta aktiviti yang telah dijalankan di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka ialah “The A Star Student”, “Quick Information Searching Techniques”, “Self-Protection & Love Yourself”, “Let’s Explore Our Campus”, “Decision Making & Making Choice”, “University Social Responsibility (USR) at Perpustakaan Awam Chenor”, “Selangkah ke UiTM” dan “Kelas Al-Quran”. Program yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) SDG 1: No Poverty, SDG 2: Zero Hunger, SDG 4: Quality Education, SDG 5: Decent Work for and Economic Growth, SDG 8: Gender Equality dan SDG 17: Partnership for the Goals ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam usaha untuk lebih bersedia sebelum bergelar mahasiswa serta jalinan kerjasama ini dapat diteruskan bagi menyokong serta melahirkan graduan yang cemerlang dari pelbagai aspek kehidupan.

  

 

Slot yang telah dijalankan:

 

1.   The A Star Student

Penceramah: Puan Nurfarawahidah Badruesham (Certified Profesional Image Consultant)

Tarikh: 30 Jun 2022 / 8.00 malam - 10.00 malam

Klik: https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-the-a-star-student

 

2.    Quick Information Searching Techniques

 

Penceramah: Encik Ahmad Fadhil Mohamad Yusof (Pembantu Pustakawan Kanan)

Tarikh: 1 Julai 2022 / 8.00 pagi - 10.00 pagi

Klik:  https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-quick-information-searching-techniques

 

 

3.    Self-Protection & Love Yourself

 

Penceramah: Puan Nurfarawahidah Badruesham (Certified Profesional Image Consultant)

Tarikh: 1 Julai 2022 / 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Klik:  https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-self-protection-love-yourself

 

 

4.    Let's Explore Our Campus

 

Bersama: Perpustakaan Al-Bukhari & Unit Pengurusan Ladang

Tarikh: 1 Julai 2022 / 2.30 petang - 5.00 petang

Klik:  https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-lets-explore-our-campus

 

 

5.    Decision Making & Making Choice

 

Penceramah: Encik Mohd Ikhsan Md Raus (Ketua Unit Kualiti)

Tarikh: 1 Julai 2022 / 9.00 malam – 11.00 malam

Klik:  https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-decision-making-choice

 

6.    Make Over Perpustakaan Desa Chenor

 

Bersama: Perpustakaan Al-Bukhari

Tarikh: 2 Julai 2022 / 8.30 pagi – 5.00 petang

Klik:  https://pahang.library.uitm.edu.my/collections/usr-2021/509-pahang-56

 

7.    Selangkah ke UiTM

 

Penceramah: Encik Mohd Zahid Laton (Koordinator PPT UiTM Jengka)

Tarikh: 2 Julai 2022 / 9.00 malam - 10.30 malam

Klik:  https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-selangkah-ke-uitm

 

8.    Kelas Al-Quran

 

Penceramah: Ustaz Ahmad Aakif Mohd Nor (Pegawai Unit Hal Ehwal Islam)

Tarikh: 3 Julai 2022 / 8.00 pagi - 10.00 pagi

Klik: https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-kelas-quran

 

9.    Majlis Perasmian Penutup

 

Tarikh: 3 Julai 2022 10.30 pagi - 12.00 tengah hari 

Klik: https://pahang.library.uitm.edu.my/majlis-penutup-yef

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020