Slot pembuka bagi YEF Malaysia Intervention Program 2022 di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka ialah bertajuk “The A Star Student”. Ini merupakan slot pertama yang dijalankan di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka pada 30 Jun 2022 (Khamis), jam 8.00 malam – 10.00 malam dah telah disampaikan oleh Puan Nurfarawahidah Badruesham (Certified Professional Image Consultant).
Antara input yang dikongsikan kepada para peserta adalah berkaitan:
1. Pilihan hidup
2. Kemahiran/Soft skills
3. Kekuatan individu untuk diceritakan
4. Kekuatan individu yang orang luar boleh ceritakan
5. Usaha untuk tingkatkan diri
6. Kekuatan & kekurangan diri
7. Perilaku yang baik
8. Matlamat & Hala tuju untuk diri, keluarga, kerjaya & organisasi
Semoga perkongsian yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education ini dapat membantu para peserta untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan sama seperti tajuk slot ini iaitu “A Star Student”.