Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program Wakaf Buku 4.0 Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang Dan Penjara Pahang

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

Wakaf Buku merupakan antara program utama yang dilaksanakan oleh Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang (PUiTMCPh). Wakaf buku kali ke-empat ini yang diberi nama Wakaf Buku 4.0 merupakan program yang menyokong maklumat yang diterima dari Berita Harian iaitu keperluan bahan bacaan seperti buku ilmiah, majalah dan al-quran oleh banduan-banduan di Penjara Pahang. Pihak PUiTMCPh telah terpanggil untuk mengumpul dan menyumbang bahan bacaan dari warganya kepada pihak Penjara Pahang. Selain itu objektif program ini juga adalah untuk membuka serta membina jaringan kerjasama antara pihak UiTM Cawangan Pahang dan Jabatan Penjara Pahang selain  untuk menggalakkan budaya membaca dikalangan warga penjara. Program ini dijalankan secara berfasa iaitu bermula dari fasa pengumpulan bahan sedia ada di PUiTMCPh. Fasa 1 adalah penyerahan bahan bacaan yang tersedia manakala Fasa 2 adalah penyerahan buku yang disumbangkan oleh warga UiTM Cawangan Pahang dan orang awam.

Pada 13 September 2021, telah diadakan satu Sesi Ramah Mesra bersama YBhg. KP Dato’ Ab Basir bin Mohamad, Pengarah Jabatan Penjara Negeri Pahang dan Professor Ts. Dr. Mohd Ilham Bin Adenan, yang Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Pahang bersempena Program Wakaf Buku 4.0. Sesi ini juga turut disertai KIP Mohd Zulhairi Bin Jusof, Penolong Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang, Jabatan Penjara Malaysia, Puan Hajah Rosnita Binti Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Cawangan Pahang, Encik Mohd Azizul Sulaiman, Koordinator Unit Komunikasi Korporat, Puan Nurfarawahidah Badruesham, Pustakawan Kanan Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) Kampus Jengka, Cik Muniratul Husna Mohamad Zaki, Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Raub serta empat orang Ahli Jawatankuasa program Wakaf Buku 4.0. Sesi ini dijalankan secara maya menerusi platform Google Meet yang bertujuan memaklumkan hasrat dan perbincangan lanjut mengenai program yang dijalankan serta membina jaringan kerjasama dimasa hadapan antara pihak UiTM Cawangan Pahang dan Jabatan Penjara Pahang.

 

E-poster Sesi Ramah Mesra yang dijalankan sempena Program Wakaf Buku 4.0

Sesi Ramah Mesra Bersama Pengarah Jabatan Penjara Negeri Pahang dan yang Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Pahang dijalankan menerusi platform Google Meet. 

Seterusnya, pada 15 September 2021, pihak PUiTM telah melakar sejarah dengan kerjasama pertama bersama Jabatan Penjara Pahang di mana wakil Jabatan Penjara Pahang telah hadir ke Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) Kampus Jengka untuk sesi penyerahan bahan bacaan. Sesi ini disempurnakan dengan kehadiran Professor Ts. Dr. Mohd Ilham Bin Adenan yang Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Pahang, Puan Hajah Rosnita Binti Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Cawangan Pahang, serta pegawai-pegawai dan wakil dari Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang yang terdiri daripada Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) Kampus Jengka dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Raub.

Seramai tiga orang wakil dari Jabatan Penjara Pahang diketuai oleh KIP Mohd Zulhairi Bin Jusof, Penolong Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang, Jabatan Penjara Malaysia telah hadir ke PAB Kampus Jengka bersama dua lagi wakil dari Jabatan Penjara Pahang untuk menerima sumbangan Wakaf Buku 4.0 mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan. Penyerahan sebanyak 200 naskhah bahan bacaan telah berjaya diserahkan kepada wakil pihak Penjara Pahang bagi Fasa 1.

 Sesi Penyerahan bahan bacaan kepada pihak Jabatan Penjara Pahang yang dilakukan mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP).

 Perbualan ringkas antara Professor Ts. Dr. Mohd Ilham Bin Adenan yang Menjalankan Tugas Rektor PUiTM bersama KIP Mohd Zulhairi Bin Jusof, Penolong Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang, Jabatan Penjara Malaysia, wakil dari Jabatan Penjara Pahang mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP).

 

 Sebanyak 200 naskhah bahan bacaan yang berjaya diserahkan bagi Fasa 1 kepada pihak Jabatan Penjara Pahang.

Seterusnya, aktiviti pengumpulan bahan bacaan bagi Fasa 2 telah bermula pada 14 September 2021 sehingga 30 September 2021. Para penyumbang telah mewakafkan buku-buku baru atau terpakai secara walk-in ke Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) Kampus Jengka dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Raub atau secara pos ke Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) Kampus Jengka. Penyumbang yang ingin mewakafkan bahan bacaan telah mengisi borang pendaftaran secara atas talian menerusi pautan https://bit.ly/WakafBuku4 dan mengemukakan sebarang pertanyaan melalui alamat e-mel rasmi PUiTM This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau menghubungi nombor yang tertera seperti berikut, 010-777 5217 (https://wa.me/60107775217?text=WakafBuku4.0).

Seterusnya, aktiviti pengumpulan bahan bacaan bagi Fasa 2 telah bermula pada 14 September 2021 sehingga 30 September 2021. Para penyumbang telah mewakafkan buku-buku baru atau terpakai secara walk-in ke Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) Kampus Jengka dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Raub atau secara pos ke Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) Kampus Jengka. Penyumbang yang ingin mewakafkan bahan bacaan telah mengisi borang pendaftaran secara atas talian menerusi pautan https://bit.ly/WakafBuku4 dan mengemukakan sebarang pertanyaan melalui alamat e-mel rasmi PUiTM This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau menghubungi nombor yang tertera seperti berikut, 010-777 5217 (https://wa.me/60107775217?text=WakafBuku4.0).

 Kawasan penerimaan buku-buku wakaf yang disumbangkan oleh warga UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan orang awam

Berikutan tarikh serahan buku wakaf kepada Jabatan Penjara Pahang telah ditetapkan pada 8 Oktober 2021, maka ahli jawatankuasa Program Wakaf Buku 4.0 telah melanjutkan tarikh penerimaan bahan bacaan wakaf sehingga 6 Oktober 2021. Perkara ini telah diwar-warkan kepada warga UiTM Cawangan Pahang dan penduduk setempat dan mendapat respon yang baik. 

Seterusnya, ahli jawatankuasa program juga telah berkerjasama dengan dua syarikat penulis buku iaitu Bonda Nor Resources dan Reconnect Life Sdn Bhd dalam menjayakan lagi program ini. Kerjasama ini mendapat sambutan baik oleh kedua-dua syarikat dengan menyediakan pakej-pakej buku baharu yang boleh dibeli oleh penyumbang. Kemudian, buku-buku yang dibeli oleh orang awam akan diwakafkan kepada Penjara Pahang.

Pakej-pakej buku yang ditawarkan oleh pihak Bonda Nor Resources

 

Pakej-pakej buku yang ditawarkan oleh pihak Reconnect Life Sdn Bhd

 

Bermula dari 4 Oktober 2021 sehingga 7 Oktober 2021, pelbagai persiapan telah dijalankan oleh setiap ahli jawatnkuasa program. Antaranya dengan mengenal pasti jumlah keseluruhan bahan bacaan yang diwakafkan, pembungkusan buku-buku sehingga proses memasukkan kotak-kotak yang telah siap dibungkus ke dalam lori UiTM Cawangan Pahang.

 Sekitar persiapan sebelum majlis penyerahan buku-buku wakaf kepada pihak Penjara Bentong, Pahang

 

Proses pembungkusan buku-buku wakaf dilaksanakan oleh pelajar latihan industri dengan bantuan kakitangan Perpustakaan Al-Bukhari (PAB)

 Proses persiapan untuk buku-buku yang diwakafkan sebelum mula disusun ke dalam kotak.

 Kotak-kotak bahan bacaan wakaf yang telah siap dibungkus

Proses menyusun kotak-kotak bahan bacaan wakaf ke dalam kenderasaan sebelum berangkat ke Penjara Bentong, Pahang

Pada 8 Oktober 2021, majlis serahan buku-buku wakaf telah berlangsung dengan jayanya di Penjara Bentong, Pahang. Pihak UiTM Cawangan Pahang seramai 15 orang terdiri daripada Dr Jazimin bin Zakaria, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Pahang, Puan Hajah Rosnita Binti Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Cawangan Pahang, ketua-ketua unit, wakil-wakil fakulti dan Pihak Jaringan Industri UiTM Cawangan Pahang serta tiga orang pelajar latihan industri telah turut serta dalam majlis serahan tersebut yang diadakan mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan. Kehadiran pihak UiTM Cawangan Pahang juga dilengkapi dengan kesudian Prof Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan, Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Pahang untuk turut serta dalam majlis penyerahan tersebut.Majlis serahan ini juga disempurnakan dengan kehadiran KP Dato' Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang serta TKP Dato' Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Bentong.Sebanyak 1,000 naskhah bahan bacaan terpakai dan baharu terdiri daripada 74 naskhah al-quran dan 926 naskhah buku pelbagai kategori seperti buku bercorak keagamaan, motivasi, novel dan majalah berjaya diserahkan hasil sumbangan warga UiTM Cawangan Pahang dan orang awam.

Majlis Serahan Buku-buku Wakaf dari pihak PUiTM Cawangan Pahang kepada Jabatan Penjara Pahang

Simbolik penyerahan buku-buku wakaf sebanyak 1,000 naskhah disempurnakan oleh KP Dato’ Ab. Basir bin Mohamad dan Prof Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan.

 

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020