Program “Make Over” Perpustakaan Desa Chenor merupakan program kerjasama antara Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) bersama pihak YEF dan Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Cawangan Pahang Kampus Jengka. Program University Social Responsibility (USR) ini dijalankan bagi membantu tambah baik Perpustakaan Desa dengan memberi nafas baru dari sudut susun atur perabot, koleksi bacaan serta dekorasi dalaman dan luaran Perpustakaan Desa tersebut. Hampir 90% perubahan dibuat secara bergotong royong bersama staf dari PPAP, para peserta, urusetia YEF serta urusetia Perpustakaan Al-Bukhari. Semoga pengalaman ini sedikit sebanyak dapat memupuk nilai prihatin serta bertanggungjawab dalam diri para peserta dan seterusnya dapat menarik minat para peserta untuk giat jalankan aktiviti khidmat masyarakat dimana sahaja mereka berada. Program kerjasama yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 17: Partnership for the Goals serta SDG 4: Quality Education ini merupakan suatu platform yang baik untuk diteruskan akan datang bagi memupuk semangat saling membantu dan berkerjasama walaupun daripada latar belakang yang berbeza.