Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kelas Kemahiran Maklumat Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Gunaan (Industri Perkayuan), Fakulti Pengurusan Perniagaan, Akademik Pengajian Bahasa Dan Acis 2020 (Oktober 2020)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

 

Kelas Kemahiran Maklumat Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Gunaan (Industri Perkayuan), Fakulti Pengurusan Perniagaan, Akademik Pengajian Bahasa Dan Acis 2020

 

Pada 13 Oktober 2020 - 28 Oktober 2020 Program Kelas Kemahiran Maklumat telah dijalankan. Kelas ini dijalankan secara atas talian menggunakan medium Google Meet. Program ini dijalankan selama 2 minggu sebanyak 43 sesi.

Pelajar yang terlibat merupakan pelajar semester 5 yang sedang berjuang untuk menyiapkan projek akhir (Final Year Project) dan perlu untuk mereka mencari bahan dengan kuantiti yang banyak, oleh itu pihak Perpustakaan Al-Bukhari telah menyediakan kelas kemahiran dengan modul yang bersesuaian dengan kehendak para pelajar tahun akhir.

 

Modul yang dilatih kepada pelajar adalah:

1. Memperkenalkan website Perpustakaan Al-Bukhari yang baru.

2. Online Database: untuk pelajar semester akhir, aplikasi ini sangat membantu mereka dalam pencarian artikel untuk projek mereka. Pelajar akan dilatih bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat di aplikasi ini dengan cara yang lebih mudah. Memberi tip yang berkesan dan juga cara untuk membaca artikel dan keluarkan kata kunci dengan mudah.

3. Institutional Repository: aplikasi ini dapat membantu pelajar untuk mencari bahan rujukan seperti thesis, video dan buku.

4. Google Scholar & Google drive: melatih pelajar untuk menggunakan laman carian maklumat Google dengan bijak dan mudah.

5. Reference Management Software-Mendeley: aplikasi ini dapat memudahkan pelajar untuk membuat senarai rujukan dan belajar untuk mengemaskini bahan rujukan dengan mudah.

6. MyKM: aplikasi ini membantu pelajar untuk mencari bahan dengan lebih mudah.

 

Tenaga pengajar bagi program ini adalah kesemua Pustakawan Kanan Perpustakaan UiTM Pahang.

 

Antara maklumbalas yang diterima adalah:

 

Fakulti Sains Gunaan

 

“sangat membantu saya dalam mencari maklumat berkenaan dengan pembelajaran saya”

 “memudahkan pelajar untuk berkomunikasi dan mencari pelbagai bahan secaara online”

 

Fakulti Sains Gunaan (Industri Perkayuan)

 “Program yang sangat memberi manfaat, banyak info baru dapat”

 

Fakulti Pengurusan perniagaan

 “Sangat membantu sesi pengenalan librabry baru MyKM, saya mendapat tahu banyak fungsi yang telah dikhususkan kepada program kami sendiri dan menyenangkan pencarian bahan. Terima kasih”

 

ACIS

 “Sangat mudah untuk digunakan bagi mencari bahan rujukan untuk assignment”

 

Akademik Pengajian Bahasa

 “ semua ok dan penyampaian best, ringkas dan mudah sy fhm :) i really enjoy it!”

 

 Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

 

 

 

 

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020