ONLINE CLASS WITH LIBRARIAN: HOW TO FIND RELIABLE SOURCES FOR YOUR ASSIGNMENT?
Pada 13 November 2020 Program Online Class With Librarian telah dijalankan. Kelas ini dijalankan secara atas talian menggunakan medium Google Meet. Program ini dijalankan selama 1 hari bermula dari jam 8.30 malam.
Program ini terbuka kepada semua yang berminat untuk mengikuti program ini. Peserta yang terlibat adalah warga UiTM Jengka dan peserta daripada luar UiTM Jengka. Program in I bukan sahaja dapat membantu pelajar yang sedang menyiapkan assignment atau projek tetapi juga untuk mereka yang ingin menimba ilmu dalam pencarian maklumat. Program ini terbukti bahawa Teknik pencarian maklumat boleh digunapakai oleh sesiapapun dan membantu dalam kerja yang melibatkan pencarian maklumat secara online.
Antara Intipati program adalah:
1. Mengajar dan memperkenalkan Google Scholar. Google merupakan enjin carian yang terkenal dan sering digunakan. Google Scholar pula lebih dikenali di kalangan pelajar dan pensyarah. Dengan program ini, Google Scholar dapat diperkenalkan dan dapat digunakan dengan mahir.
2. Online Database: UiTM telah menyediakan Online Dtabase yang telah dibayar untuk kegunaan para pelajar, tetapi tahukah anda online database juga boleh di akses di Google. Dengan cara dan Teknik yang betul, pelajar dapat menambah ruang carian di database yang berbeza dan peserta bukan pelajar dapat akses kepada maklumat dengan percuma.
3. Reference APA Citation: mengajar pelajar cara yang betul dan tepat menulis rujukan secara APA Style. Program ini memperkenalkan Software Mendeley dan software yang lain untuk mencipta APA Citation dengan mudah.
Tenaga pengajar bagi program ini adalah Puan Nurfarawahidah Badruesham, Pustakawan Kanan.
Antara maklumbalas yang diterima adalah:
“suara jelas dan saya dapat megetahui dengan lebih mendalam tentang open access, google scholar dan ebook. terima kasih puan.”
“Terima kasih puan, penyampaian ilmu yang sangat baik dari puan. Alhamdulillah saya dapat mulakan pencarian journal dan artikel untuk assignment ctu selepas mendapat ilmu yang dikongsikan oleh puan. Saya harap dapat join kelas puan yang lain pula.”
“Program ini sangat bagus. Saya berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.”
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.