Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kelas Kemahiran Maklumat Pelajar Baru 2020 (Library Orientation) (Oktober 2020)

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT PELAJAR BARU 2020 (Library Orientation)

 

Pada 13 Oktober 2020 - 21 Oktober 2020 Perpustakaan Al-Bukhari telah mengadakan Program Kelas Kemahiran Maklumat untuk pelajar baru. Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan medium Sisco Webex.

 

Program ini dijalankan dalam 4 hari sebanyak 4 sesi iaitu sesi 1 (FSR & FPP), sesi 2 (FP), sesi 3 (FPP) dan sesi 4 (FPA, FSG & FKA).

Antara perkara yang dilatih kepada pelajar dalam Kelas Kemahiran Maklumat ini adalah:

 

1. Memperkenalkan website Perpustakaan Al-Bukhari yang baru.

 2. OPAC: memperkenalkan system OPAC dan cara menggunakan untuk mencari bahan bacaan dan rujukan.

 3. MyKM: aplikasi ini membantu pelajar untuk mencari bahan dengan lebih mudah.

 4. Online Database: mendedahkan pelajar kepada kemudahan pencarian bahan yang telah di sediakan oleh UiTM.

 5. E-Book: mengalakkan pelajar untuk menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan pelajar meminjam bahan secara digital tanpa perlu ke perpustakaan.

 6. Exam Paper: memperkenalkan aplikasi yang membantu pelajar untuk mendapatkan kertas soalan tahun lepas untuk rujukan pelajar.

 

Tenaga pengajar bagi program ini adalah kesemua Pustakawan Kanan Perpustakaan UiTM Pahang.

 Antara maklumbalas yang diterima adalah:

 (FSR & FPP) 

"Taklimat yang menarik..."

"perkhidmatan di perpustakaan amat bagus dan memudahkan semua pihak"

 

 (FPP)

"Penerangan yang jelas"

"Dapat mencari bahan rujukan melalui perpustakaan digital dengan canggihnya"

 

 (FPA & FSG PIPP)

"Penerangan diberikan secara terperinci, keseluruhannya amat memuaskan. Terima kasih."

 

 (FP)

"Sangat jelas"

"Terbaik"

 

 (FKA & FSG)

"Penyampaian yang jelas dan difahami"

"Sangat membantu untuk saya mencari bahan bacaan"

 

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020