Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program Digital Information Development Skill Course

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Pada 23 April 2021 (Jumaat), telah diadakan satu webinar berkaitan pencarian jurnal secara atas talian yang bertajuk Digital Information Development Skill Course telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama dari pihak UiTM Cawangan Pahang bersama dengan para pensyarah dari Kolej Vokasional Temerloh. Program ini telah dikendalikan oleh Puan Nurfarawahidah binti Badruesham, Pustakawan Kanan dari Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) Kampus Jengka dan turut bersama Encik Mohd Amli bin Abdullah @ Baharum, Pensyarah Kanan dari Pusat Pengajian, Fakulti Perniagaan & Pengurusan, UiTM Cawangan Pahang.

Objektif webinar ini adalah untuk menerapkan pemahaman mengenai kemampuan informasi literasi dalam kalangan pensyarah. Terdapat dua sesi telah dijalankan dalam webinar ini iaitu sesi pertama adalah berkenaan dengan penerangan pencarian bahan dari sumber yang sahih serta perkhidmatan perpustakaan digital yang telah disampaikan oleh Puan Nurfarawahidah binti Badruesham. Manakala, sesi kedua webinar adalah berkaitan dengan pemeriksaan plagiat dan cara untuk petikan bahan rujukan menggunakan software Mendeley yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Amli Bin Abdullah @ Baharum.

Perkongsian ilmiah ini diharapkan dapat membantu para pendidik di Kolej Vakasional Temerloh bagi mendapatkan bahan dari sumber yang sahih serta penggunaan perpustakaan digital yang lebih sistematik sesuai dengan keadaan masa kini serta penulisan yang tepat untuk tujuan pembelajaran seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG): SDG 4 (Quality Education) dan SDG 17 (Partnerships for the Goals).

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020