Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan mula menyediakan perkhidmatan di Teluk Sisek, Kuantan, Pahang. Pada ketika itu perpustakaan telah berkongsi bangunan bersama bahagian HEA, KEWANGAN dan HEP. Pada tahun 1993, perpustakaan telah berpindah ke tapak baharu iaitu di Bandar Jengka, Pahang yang merupakan kampus tetap dan beroperasi di sebuah bangunan sendiri. Ketika itu pihak pengurusan UiTM Cawangan Pahang telah memilih nama Tokoh - Tokoh Islam untuk dijadikan nama setiap bangunan di UiTM Cawangan Pahang seperti :
Perpustakaan : Al-Bukhari
Auditorium : Al-Biruni
Blok Pensyarah : Al-Ghazali
Masjid : Uwais Al-Qarni
Sejak dari itu nama perpustakaan UiTM Cawangan Pahang mula dikenali sebagai Perpustakaan Al-Bukhari .
Bagi memenuhi keperluan semasa, sebuah bangunan perpustakaan baharu telah dibina dan mula digunakan pada tahun 2012. Kini, Perpustakaan Al-Bukhari beroperasi di dua buah bangunan yang dikenali sebagai Perpustakaan Al-Bukhari 1 dan Perpustakaan Al-Bukhari 2. Kedua-dua bangunan Perpustakaan Al-Bukhari ini berkapasiti 1,450 tempat duduk.
Seiring perkembangan UiTM, kini Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah mempunyai seramai 23 orang staf yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Hajah Rosnita Ja'afar.
Pembinaan Bangunan Baru Perpustakaan Al-Bukhari pada tahun 2010
Penyerahan bangunan baru Perpustakaan Al-Bukhari Oleh Pihak JKR kepada Pengurusan UiTM Cawangan Pahang pada Tahun 2012
Pengenalan
Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Ju’fiy al-Bukhari. Al-Bukhari adalah nisbah kepada tempat kelahiran beliau iaitu Bukhara yang terletak di Khurasan. Tambahan pula, Bukhara merupakan sebuah bandar lama, luas dan cantik. Kuniyah beliau adalah Abu Abdillah dan beliau terkenal dengan gelaran imam ahli hadith atau amir al-Mu’minin dalam hadith. Beliau lahir pada 194 Hijrah di bandar Bukhara.
Tambahan pula, imam al-Bukhari merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Ismail telah meninggal dunia ketika usia beliau masih kecil. Disebabkan itu, ibunya mengambil peranan dalam mendidik dan membesarkan imam al-Bukhari. Imam al-Bukhari sejak kecil lagi sudah cenderung untuk menghafaz hadith-hadith nabi SAW dan juga mempelajari ilmu-ilmu agama yang lain. Ini kerana, keluarganya merupakan sebuah keluarga yang amat menitikberatkan ilmu pengetahuan sebagaimana ayahnya merupakan seorang yang terkenal dengan keilmuannya.
Imam al-Bukhari merupakan seorang yang rajin menghadiri majlis-majlis atau halaqah-halaqah ilmu. Ketokohan imam al-Bukhari dalam bidang hadith sudah menonjol sejak beliau masih kecil lagi apabila kisah beliau menegur seorang guru yang ahli hadith ketika guru tersebut sedang menyampaikan pengajian. Guru tersebut adalah al-Allamah al-Dakhili, di mana beliau tersalah dalam meriwayatkan sanad hadith. Dikatakan usia imam al-Bukhari pada ketika itu adalah 11 tahun. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan di atas, kita ketahui bahawa imam al-Bukhari merupakan seorang yang cerdik dan rajin dalam menuntut ilmu. Ini dapat dilihat ketika usia beliau masih kecil lagi. Tambahan pula, kesungguhan beliau ini diteruskan dengan rehlah-rehlah ilmiah yang telah ditempuhi oleh imam al-Bukhari semata-mata untuk menuntut ilmu dan mencari hadith Nabi SAW.
Guru-Guru Imam al-Bukhari
Antara guru-guru imam al-Bukhari ialah:
Murid-Murid Imam al-Bukhari
Antara murid-murid imam al-Bukhari adalah:
Sahih al-Bukhari Dan Manhaj Imam al-Bukhari
Hadith merupakan sumber kedua dalam syariat Islam yang telah diakui oleh al-Qur’an. Kepentingannya dan keperluannya tidak dapat dinafikan lagi kerana tanpa hadith manusia tidak dapat memahami, mengenali dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Qur’an. Ini kerana, antara fungsi hadith adalah menafsirkan makna atau ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Qur’an. Selain itu juga, tidak semua hukum-hakum diceritakan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an. Disebabkan itu, tidak dapat tidak, umat Islam tidak boleh meninggalkan atau memisahkan hadith Nabi SAW dengan kehidupan mereka. Antara karya hadith yang paling agung adalah sahih imam al-Bukhari:
Nama Sebenar Sahih al-Bukhari
Imam al-Bukhari telah memberi nama yang cukup istimewa bagi karya sahihnya iaitu al-Jami’ al-Sahih al-Musnad al-Mukhtasar min Umur Rasulillah SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi (الجامع الصحيح المسند المختصر من أمور رسول الله صلى الله عليه وسلم وسننه وأيامه). Walaubagaimanapun, karya ini terkenal dengan nama Sahih al-Bukhari.
Sebab Penulisan Sahih al-Bukhari
Terdapat dua sebab imam al-Bukhari menulis sahihnya sebagaimana yang dinyatakan:
Kewafatan Imam al-Bukhari
Beliau meninggal dunia pada malam aidilfiri tahun 256 Hijrah, setelah hidup selama 62 tahun kurang 13 hari.
Sumber : Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan ( https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1454-irsyad-al-hadith-siri-ke-128-imam-al-bukhari-dan-sahihnya-2 ).
Corporate Communication Division
Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang Darul Makmur
Malaysia
09 - 4602160 | Consultation Services | |
Muniratul Husna Binti Mohamad Zaki | |
muniratulhusna@uitm.edu.my | |
09 - 4602734 | Kaunter Utama | |
Whatsapp Kaunter Utama | |
Email Rasmi | |
Join Channel - @PABUiTM | |
Page Perpustakaan Al-Bukhari | |
Click here to view QR Code |