Pada 29 Mei 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah mengadakan sebuah lawatan ke Putra World Trade Centre (PWTC) sempena dengan program Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang diadakan pada setiap tahun yang menawarkan pelbagai koleksi buku dengan potongan diskaun yang menarik.
Program ini bertujuan untuk mencetuskan dan menggalakkan minat membaca dalam kalangan warga UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub disamping memberi peluang kepada peserta untuk menimba pengalaman luar melalui lawatan berpandu.
Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan setiap tahun berjaya menghimpunkan sejumlah besar koleksi buku-buku terkini dalam dan luar negara. PBAKL menjadi destinasi terbaik bagi program lawatan bagi tujuan galakan membaca warga kampus.
Program lawatan ini telah disertai oleh 19 orang peserta iaitu seramai 11 orang staf UiTM dan 8 orang pelajar. Setibanya di sana, para pelajar dan staf diberikan satu tugas iaitu untuk melakukan ulasan buku yang telah dibeli sebagai salah satu inisiatif dalam mengerakkan budaya membaca dikalangan warga dan menyokong Read@UiTM.