Pada 19 Mei 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mengadakan program Jom Membaca 10 Minit anjuran Perpustakaan Negara Malaysia.
Program yang bertemakan "Baca Bina Insan" tersebut telah berlangsung selama 2 jam di mana 10 minit pertama dimulakan dengan sesi membaca dan diikuti oleh sesi bedah buku selama 30 minit oleh jemputan khas PTAR iaitu Dr. Ilyas bin Abdullah dengan buku karangannya yang berjudul "Transformasi Budaya Politik Melayu Terengganu".
Setelah selesai, PTAR telah mengadakan sedikit slot permainan antaranya "Bertuahkah anda?", Teka Mukasurat Buku, "Dart Warrior" dan Pilih Hadiah Anda di mana pelajar berpeluang untuk memenangi pelbagai jenis hadiah dan aktiviti tersebut meraih penyertaaan yang menggalakkan daripada para pelajar terutamanya.