"WORKSHOP BRIDGING THE WORKPLACE DIGITAL DIVIDE" ANJURAN PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI, UiTM CAWANGAN PAHANG
Bengkel “Bridging The Workplace Digital Divide” merupakan inisiatif dalam meningkatkan kemahiran penggunaan aplikasi digital (Google Workspace) terutama ketika bekerja di pejabat. Penggunaan aplikasi digital (Google Workspace) dalam suasana bekerja telah mengubah landskap pekerjaan secara drastik yang memberi impak positif terhadap produktiviti, kolaborasi, dan inovasi. Penggunaan teknologi juga membantu mengurangkan penggunaan bahan cetak dan pemakaian kertas serta meningkatkan kelestarian alam sekitar dan efisiensi operasi disamping ianya juga bantu memudahkan pembelajaran berterusan dan perkembangan pekerjaan. Sumber-sumber pendidikan dalam talian, kursus latihan digital, dan latihan secara praktikal mampu meningkatkan kemahiran dan kebolehan pekerja untuk terus belajar selain membolehkan berlaku pertukaran idea di peringkat global seiring dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education.
Maklumat bengkel adalah seperti berikut:
🗓 Tarikh: 14 Mac 2024 (Khamis)
⏰️ Waktu: 8:00 am - 5:00 pm
📍Tempat: Bilik IT 1, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
JAM LATIHAN ICT & e-SIJIL DISEDIAKAN !!
Link Pendaftaran Program: https://bit.ly/WorkshopBridgingTheWorkplaceDigitalDivide
Link Kehadiran, Maklum balas dan E-Sijil : https://bit.ly/MaklumBalas_Kehadiran_WorkplaceDigitalDivide_PAB2024