Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program "Speed Reading" @PTAR Kampus Raub

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

Pada 21 Jun 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah mengadakan program "Speed Reading: The Ultimate Guide " bersama Instruktor Speed Reading, Pustakawan, Cik Muniratul Husna Mohamad Zaki dari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka bersama pelajar-pelajar Diploma Pentadbiran Awam (AM110) Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi bagi subjek Inergrated Language Skills (ELC) seramai 25 orang daripada UiTM Kampus Raub.

Objektif program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan teknik pembacaan pantas dan memupuk warga UiTM dalam bidang pembacaan dan galakan membaca membudayakan ilmu di dalam kampus. 

Kemahiran ini memerlukan kombinasi keupayaan visual dan keupayaan kognitif individu sewaktu membaca. Sewaktu pembacaan dilakukan, individu akan bertindak balas terhadap dua proses iaitu kepantasan membaca dan memahami isi bacaan. Bacaan pantas berfungsi memantau secara sepintas lalu bahan bacaan yang ada dihadapannya dan dalam masa yang sama memilik kemampuan memahami apa yang berlaku.

Selain itu, program ini mampu meningkatkan keyakinan diri peserta ketika membaca serta memupuk minat membaca dan menggalakkan aktiviti pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan.

Modul turut menawarkan teknik kawalan pergerakan mata yang betul (Fixation Exercise). Dan latihan minda (Brain Gym) bagi meningkatkan tahap kawalan minda yang aktif sewaktu proses membaca. Latihan, penilaian dan kuiz persepsi (Perception Quiz) secara intensif turut disediakan buat peserta.

Ayuh, warga UiTM. Bersama kita jayakan program Speed Reading@PTARSeiring SDG 4: Quality Education, diharapkan ilmu yang dikongsikan dapat membantu para pelajar sepanjang sesi Pengajaran & Pembelajaran di UiTM Cawangan Pahang!

 

"SPEED READING IS THE KEY"

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020