Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka menganjurkan Program Let''s Make Learning FUN! @ PAB Bersama Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia Temerloh Pahang
seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 16 Februari 2023
Masa : 08:00 pagi hingga 1:00 petang
Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka
Program yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) SDG 4: Quality Education, ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam usaha untuk lebih bersedia dalam sesi pembelajaran serta dapat merasakan suasana pembelajaran di peringkat universiti. Diharap jalinan kerjasama ini dapat diteruskan bagi menyokong serta melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek kehidupan.