Book Review@PUiTM Pahang
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan program Book Review@PUiTM bersama staf di Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang. Program ini bertujuan untuk mempromosikan koleksi sedia ada perpustakaan kepada pengguna luar. Program Book Review@PUiTM dianjurkan untuk menggalakkan pembacaan dalam kalangan staf perpustakaan selaras dengan SDG 4 iaitu Quality Education.
Program Book Review@PUiTM ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penyampaian maklumat yang berkesan dengan penghasilan video ulasan mengikut kreativiti individu. Tempoh durasi masa setiap ulasan perlulah sekurang-kurangnya 2 minit dengan menggunakan bahasa melayu atau english. Program Book Review@PUiTM ini merangkumi koleksi buku fizikal dan eBook serta pemilihan tajuk buku adalah bebas tetapi perlulah didapati dalam koleksi Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang.
Tahniah kepada 5 video terbaik bagi program kali ini!
Tahniah diucapkan kepada:
1. En. Mohd Ismail bin Zanudin (Pembantu Pustakawan PAB Jengka)
2. En. Mohd Firdaus Bin Azmi (Pembantu Pustakawan Kanan PAB Jengka)
3. Puan Suhaina binti Ibrahim (Pembantu Pustakawan PAB Jengka)
4. En. Zainudin bin Ghani (Pembantu Pemuliharaan Kanan PAB Jengka)
5. En. Mohd Ruzaimi Abdul Rani (Pembantu Pustakawan Kanan PTAR Raub)
#libphg
#PUiTMPahang
#read@uitm