Shah Alam, 13 Februari 2025 – Puan Masnida Hanim, Pustakawan Kanan PTAR Kejuruteraan telah mengadakan taklimat ringkas berkenaan teknik Speed Reading. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf perpustakaan mengenai teknik bacaan pantas. Selain itu juga, ianya adalah untuk meningkatkan keupayaan membaca lebih cepat tanpa mengorbankan pemahaman terhadap bahan bacaan.
Seramai 7 orang staf perpustakaan telah menghadiri taklimat yang berlangsung selama 2 jam bermula 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Antara staf yang turut serta dalam taklimat ini adalah Encik Mohd Farid, En Mohd Affendi, En Mohd Asmawi, Encik Fareez, Puan Norsaliha, Puan Nur Sakeenah dan Puan Nur Fatin.
Pelaksanaan taklimat ini adalah untuk menyiapkan staf bagi melaksanakan program Speed Reading yang bakal diadakan di PTAR Kejuruteraan pada masa yang akan datang.
Berminat untuk menempah slot program Speed Reading di PTAR Kejuruteraan? Hubungi Puan Masnida Hanim (