Bengkel Migrasi Klasifikasi Fail

Event

Title:
Bengkel Migrasi Klasifikasi Fail
When:
Tue, 25. February 2025, 11:00 h - 16:30 h
Bengkel Migrasi Klasifikasi Fail

Description

Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Pasir Gudang, UiTM Cawangan Johor bakal menganjurkan Bengkel Migrasi Klasifikasi Fail khusus untuk Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ).

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta kemahiran berkaitan migrasi dan klasifikasi fail kepada para peserta, sekaligus meningkatkan kecekapan pengurusan rekod jabatan.

Sesi perkongsian ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25 Februari 2025 (Selasa)
Masa : 11:00 pagi hingga 4:30 petang
Tempat : Makmal IT PTDI


Penceramah : 
Puan Siti Rozana Mat Sanat
Pustakawan Kanan dari Perpustakaan Tun Dr. Ismail, 
UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.

Penganjuran bengkel ini selaras dengan usaha UiTM dalam memperkukuh sistem pengurusan dokumen serta rekod jabatan yang lebih sistematik dan efisien. Para peserta dijangka memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai kaedah pemindahan, penyusunan serta pemeliharaan fail mengikut klasifikasi yang ditetapkan.

Pautan Kehadiran : 

 

 


Venue

Location:
PTDI, Johor