Konsultasi Pengurusan fail/ rekod
Tarikh: 25 Januari 2024
Tempat: Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang
Unit Arkib Perpustakaan Al Bukhari UiTM Cawangan Pahang membuat Konsultasi Pengurusan fail/ rekod bersama staf baru iaitu Puan Aishah, Pegawai Eksekutif Kolej Tok Gajah.
Taklimat disampaikan oleh Puan Hajah Rosnita binti Hj. Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan dan dibantu oleh Puan Suhaina Ibrahim staf Unit Arkib.
Fokus utama konsultasi ini adalah untuk pengurusan fail dan rekod yang berkesan serta memberi panduan kaedah pelupusan rekod-rekod yang telah layak untuk dilupuskan.