Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang telah menganjurkan KURSUS ASAS PENGURUSAN FAIL & REKOD PEGAWAI REKOD JABATAN (PRJ) & PEMBANTU TADBIR REKOD JABATAN (PTRJ)
Tarikh : 16 Mac 2022 (Selasa)
Masa : 9.00 Pagi – 4.30 petang
Penceramah: Puan Azniza Binti Mohamad Nor
Pegawai Arkib Jabatan Arkib Universiti (JAU) UiTM Shah Alam.
Kursus yang disertai oleh PTJ yang dilantik PRJ & PTRJ seramai 100 orang peserta dari Kampus Jengka, Raub dan Cawangan lain.
Kursus ini telah dikendalikan secara atas talian melalui platform Cisco Webex Perpustakaan Al-Bukhari.
Objektif utama kursus ini adalah untuk menerangkan secara terperinci proses yang terlibat dalam pengurusan fail dan rekod secara teori, serta memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada peserta dalam menguruskan tugasan harian dan mempraktikkan cara kerja yang lebih efisien.